Buffet Lunch @PICC

Monday, April 21, 2014


Sekadar berkongsi, kalau berminat datang lah! Ini harga promosi sehingga ada perubahan kelak..

Jom makan!

*Makan sampai gemuk!

Kehidupan



Tahun 2014 ni mencabarkan?

Macam-macam terjadi.. Lepas satu-satu.. Mungkin tahun untuk manusia perlu ingat kembali bahawa Allah bagi warning yang agak extreme kali nih.

Tahun Melawat Malaysia yang paling mengerikan!

Kejadian MH370, Kapal karam di Korea, Bas tergolek, Kemalangan Karpal Singh, MH192, Malindo air terbakar, Artis bercerai, Artis rampas suami orang, Artis sambut birthday kat Disco, Konsert dadah, dan macam-macam lagi lah!

Ngeri!

Bagi aku sendiri plak..?

Gagal exam, Gagal PPA1M.. Ermm Kena berusaha lebih lagi..

Penat!

Tahun ni dah masuk 30 an.. Dah masuk pertengahan kehidupan.. Dimana diri aku? ermm perlu banyak perubahan dilakukan.. 

Kerja? 

Makin mencabar. Swasta bagus? Tepuk dada tanya selera.. Yang penting kerja yang aku buat jujur dan ikhlas. Pengalaman tu penting. Grab sebaik mungkin. Lepas ni dah tak de dah macam ni..

Keluarga? 

Alhamdulillah. InshaAllah kalau tak de aral melintang Ma, Abah & Kak Long akan sampai ke tanah suci untuk menunaikan haji.

Blog?

Hehehe.. ada masa aku kena rajin la kongsi cerita.. Sorry la you olls. Bukan malas tapi lupa! Short term memory aku ni selalu je lupa.. Tak pe nanti kalau ada masa aku hupdet je ok..

Nanti ada masa kita bersua lagi ok..

*Jadilah blogger yang disukai ramai, kalau dah popular jangan la jadi Macai lak.. Eh!

04.04.14 - My Lucky Day

Friday, April 4, 2014

Macam berjudi plak rasa.. hahaha.. Hari ni aku pergi ke Alamanda ke kedai S&J Store sebab nak beli hadiah untuk BFF yang nak meninggalkan PICC. So cari la barang-barang yang sesuai untuk dijadikan gift.

Bila dah pilih barang yang nak dibeli, aku pergi ke cashier dan bayar. Disebabkan pembelian lebih RM50, so aku layak untuk memasukki satu peraduan. Cashier tu cakap ada 2 competition. Satu buat ayat yang best dan satu lagi spin. Dia cakap lepas isi form bagi kat dia, nanti dia akan suruh spin untuk tengok hadiah apa yang aku menang on the spot.


So lepas spin aku baling la sebiji batu untuk tengok batu tu jatuh kat nombor berapa. Pusing punya pusing batu tu jatuh kat nombor 0! Kosong!!! Dalam hati cakap , ala nombor kosong, tak dapat hadiah. Lepas tu aku tanya cashier tu, dik dapat hadiah ape je. Dapat kosong je nih. Dia cakap kosong ni HADIAH UTAMA bang.. Really!? hahahaha... Macam tak percaya je.. Dapat RM50 ok!!!


OMG!! Happy sangat! Tak pernah-pernah terima berita gembira macam ni untuk tahun 2014. Lebih-lebih lagi hari ni 04.04.14.. Yang kebanyakkan orang akan cakap nombor 4 pembawa malang.. You wrong! Today is my lucky day hookeh!

*Lets spin!

Despicable Me Cake!

Monday, March 17, 2014





Cantik tak kek tu.. Aku tempah khas untuk mizan tau.. Beli kek kat Jai Noriah Bakery. Kalau korang nak tempah boleh kol nombor ni : 019 2683431 (Ain). Kompom cantik dan sedap..

Apa-apa pon happy birthday Mizan! Dah 2 tahun dah...

*Puas hati!

Doa Untuk MH370

Tuesday, March 11, 2014


Semoga dipermudahakan urusan pencarian pesawat MH370. Saya juga turut bersedih ke atas kehilangan ini. Semoga semuanya selamat. Amin.

#PrayForMH370

*Terus fobia nak naik flight... 

World Blogger & Social Media Summit 2014

Friday, February 28, 2014


Alhamdulillah. Selesai juga 3 hari bersummit + workshop. Actually bos aku dapat invitation untuk ke summit ni. So disebabkan kerja aku memang sah-sah berkaitan dengan Social Media ni, aku pon terpilih la. Yang lain, sila jeles ok.





Event ni berlangsung kat Sunway Piramid Convention Centre. SPCC katenyer. Aku pernah datang sini last-last year. Datang untuk visit. Then kali ni aku datang untuk event lak. Overall untuk SPCC? Bolehla, bersyukur PICC still ehem... 

Event ni berlangsung selama 3 hari. 2 hari pertama complimentary jer. Last day tu kene bayar RM199 seorang. So opis la yang bayar yer..

Aku pergi dengan En. Feroz. Berdua ajer..



Speaker yang datang ada yang best dan ada yang SS (Syok Sendiri). Ermm actually macam tak berbaloi datang kalau bayar. Mujur FREE. Setiap speaker bagi talk selama 15 minit. Then bila masa singkat macam tu semestinya la tak cukup info.. Slide pon main lompat-lompat. Tak dapat ilmu sepenuhnya. Tapi layan kan je la.. Still ada info berguna yang sempat aku tulis menggunakan pensel.. 

Overall untuk Summit + workshop ni aku bagi 5/10 je la. Sesiapa yang bayar untuk 2 event ni mesti rasa rugi sebab workshop tu macam ulangan je. Situasi macam, kalau u tengok kat TV banyak potong, kalau u tengok melalui VCD tak potong.. Hasilnya? Sama ajer..


Thank DiGi bagi hadiah!

Apa-apa pon aku still berterima  kasih sebab FREE dan dapat banyak juga info untuk diguna pakai kat opis nanti.. Hope info yang aku kutip ni bukan hanya hiasan otak semata.

Next year kalau jemput aku datang lagi.. Untuk bayar? Ermmm tak kot..

*Dessert kat SPCC aku bagi 8/10.... up-to-date..

iPad Tidak Cas Semasa Disambungkan Ke Komputer

Sunday, February 9, 2014

Korang pernah tak mengalami sakit jiwa tahap maksima bila korang nak cas ipad kat plug tapi tak boleh sebab plug rosak. Kemudian korang cas guna komputer plak, cas tak masuk sebab power kat USB tak cukup! Pernah tak korang rasa nak je hempuk-hempuk ipad korang tu..

Panas hati betul aku hari ni. Da la tengah syok main Flappy Bird tetibe leh plak bateri habis! Cis! Nak cas semua sumber tak boleh.. Tekanan betul.

So untuk menyelesaikan masalah aku ni aku tanya la pakcik googliness. Then jumpa la beberapa website yang bagi tau kalau ada masalah ipad tak cas semasa disambungkan ke USB boleh download satu software bernama Ai Charger dari Asus.

Ai Charger ni sangat bagus dan berkesan! ipad aku akhirnya berjaya dicas melalui USB tanpa sebarang masalah! Download dan hilangan stress!

*Boleh main game!

WeChat Oh! WeChat

Wednesday, February 5, 2014


People Nearby..

Sangat menakutkan hoookeh!

Dalam minggu ni aku dah terima 2 jemputan berkenalan dari 2 gadis di apps WeChat. Sorang tu ala-ala biasa dan sorang lagi ala-ala misteri sebab tak tunjuk muka. Aku yang jadi takut bukan sebab dia orang cuba untuk berkenalan. Tapi aku jadi takut kalau aku terjatuh cinta dengan perempuan yang SAH-SAH menegur ramai orang dalam apps WeChat tu.. Oh! no!.. My wife ada scandel! No No No..

Actually aku berfikiran sangat jauh. Kalau perempuan dah terdesak nak kawin sampai mencari calon suami melalui 'people nearby' itu sangat menyedihkan. Dah kenapa ko dik oii.. Kalau tak laku sangat jangan la sampai tahap macam tu. Aku pon tak sanggup nak mencari calon isteri kat WeChat, Facebook ni semua.. Rasa macam tak selamat. Nanti makan nasi berlauk Facebook je setiap hari..

Yup mungkin dah terlulis jodoh ko kat WeChat tapi biar la dengan cara yang betul. Extreme sangat. Aku plak fikir negetive kat ko. Zaman sekarang ni pantang kalau perempuan tu aktif mencari suami kat laman sosial dah dilabel perempuan bermasalah. Setitik nila, rosak susu sebelangan..

Nasihat aku, better korang duduk senyap-senyap je tunggu jodoh ko yang tegur ko, baru puas hati skit dapat tau lelaki mana yang REAL betul-betul suka kat ko, dari ko berangan duk menegur sana sini macam pilih barang kat Pavilion, itu sangat mendukacita dik.. Ko tegur yang hensem je *Termasuk aku la kan, kekadang tu dia orang balas sebab kesian je dik oi.. Ko lak, bila orang balas, terus tempah pelamin.. Mak ai.. Beauty and the beast. Terima kenyataan.

Lepas ni jangan tegur-tegur kat WeChat lagi tau.. Nak tengok je boleh. Bukan apa, kang tertegur jantan gile sex, ko lak yang merana. Tak pasal terus tak laku sampai bila-bila. Jaga mahkota diri tu.. Kalau rasa nak kawin sangat bagi tau mak bapak suruh dia orang carikan senang. Yang jadi masalah, korang ni sebenarnya nak muka macam aaron aziz je kan?.. Adoyai dik oii, terima je la apa yang ada. Muka hensem tapi miskin buat pe? Nak beli prada pon tak mampu.. So fikir-fikirkan, walaupon aku tau ko tetap nak muka macam Aaron Aziz.

Calon Isteri aku. 1- tak mengemas rumah guna WeChat. 2- tak guna Facebook untuk jaga anak. 3- tak memasak guna twitter. So elakkan diri dari guna app ni semua. Dah kawin jaga laki je.. Ahakz..

Akhir kata, saya belum bersedia nak kawin. Jadi tak perlu nak berkenalan kat mana-mana app sebab permintaan anda tidak akan dilayan. Terima kasih.

*WeChat you olls ID apa? Nak add.. hahaha

Pelaburan ASB Merugikan? Statement Tak Berasas!

Tuesday, January 21, 2014

Hari ni aku ada terbaca satu cerita kat FB, katanya pelaburan ABS sangat merugikan. Adalah beberapa contoh yang ditunjukan kononyer pelanggan akan mendapat rugi jika melakukan pelaburan ASB setelah habis membayar ASB.

Soalan aku. Di mana ruginyer? Kenapa aku pertahankan ASB.. Jom kita klebek dengan lebih lanjut.

Contoh 1 :

Pinjaman ASB : RM 10 ribu
Tempoh pinjaman : 20 Tahun = 240 bulan
BLR Bagi tahun 2014 : Kurang 3 tahun - 1.35%, Lebih 3 tahun 1.30%
Bayaran Balik Pinjaman Sebulan Tetap  : RM65
Bayaran Balik Pinjaman Setahun Tetap = RM 780
Dividen + Bonus ambik contoh : 8% setiap tahun, sepanjang 20 tahun

Tahun 1:

Pinjaman RM 10,000
Dividen + Bonus 8% dari RM 10,000 = RM 800 
Jumlah tahun 1 = RM 10,800
Keuntungan tahun pertama RM 20 setelah tolak bayaran bulanan dengan keuntungan dividen + bonus.

Untuk tahun ke 2 dan seterusnya sehingga habis 20 tahun korang guna la duit dividen + bonus untuk bayar balik pinjaman korang. Tak payah nak susah-susah.

Kesimpulannyer, korang melabur setahun sahaja (RM65 darab 12 bulan = RM 780) korang akan dapat RM 10,000 setelah 20 tahun.

Untuk lagi 19 tahun tu, korang menyimpan sendiri. RM65 darab 228 bulan (19tahun) = RM14,820 duit yang sepatutnya korang simpan. Tetapi jangan lupa, dividen + bonus belum dicampur lagi. Kalau dicampur dividen dan bonus selama 19 tahun korang akan dapat tolak tambah dalam RM 2886. Jumlah keseluruhan RM17,706

So selepas 20 tahun, Pinjaman ASB RM 10,000 + Simpanan sendiri RM 17,706 = RM27,706

So dimana rugi? Korang tak payah fikir keuntungan dividen + bonus untuk pinjaman ASB. Sebab dividen + bonus itu la yang akan menguntungkan korang. Labur RM 780 dapat RM 10,000.. Rugi?

Buat matemaik sendiri dan tengok rugi atau untung... Kita nak menyimpan 500 sebulan pon cukup payah. Ada je datang melencong. So kita korbankan setahun sahaja. After that kita dah ada simpanan yang banyak selepas beberapa tahun. Kalau buat pinjaman dengan nilai besar, selepas 20 tahun dapat RM 100 ribu bagi aku cukup berbaloi kalau aku hanya labur setahun.. Malahan dividen + bonus pon kekadang tu ada lebihan lagi...

*Tak suka orang buat statement tapi tak buat research...

Tempoyak Goreng! Post Pertama 2014!

Saturday, January 18, 2014

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh!

Hi you olss.. Sory lama tak hupdet, busy gile ok.. Busy tahap busy.. Ada masa free pon aku tido hahaha.. Macam mana dengan korang semua? Azam tahun 2013 settle? Tahun 2014 plak? Hope semuanya baik-baik belaka..

Tahun ni agak bad bagi aku. Permulaan tahun yang down skit. Macam-macam hal berlaku. Tapi kena la sabar kan. Nak buat macam mana kalau dah ini suratannya. Nak cuba ubah pon still tak mampu, last-last pasrah je.. Thats ok. Tinggalkan 2013 dengan kenangan indah. Yang tak indah tu kita jadikan semangat untuk lebih berjaya.

This year BFF yang mengandung ialah Fatin! yay! Penyambung tradisi! Bulan raya nanti beranak la tu.. Dapat baby boy ok.. Amin.. After this sape lagi la yang akan beranak.. hahaha... Aura untuk memudahkan wanita preggy tu masih kuat ok.. Mungkin ini kelebihan Allah bagi kot, mulut aku ni kalau cakap seseorang yang dah kawin tu akan preggy, kompom dia akan preggy.. Tak pernah fail sejak bertahun-tahun kebelakangan ini. Kakak aku yang 6 tahun tak preggy sekali aku cakap dia preggy terus disahkan hamil! Alhamdulillah.. Kita positif je la anggap kebetulan.. Tapi kebetulan ke? huhu... Kang ramai plak wanita yang tak hamil kejar aku sebab nak hamil.. OMG!!! Ok semua yang baca post ni kalau korang dah lama nak dapat anak tapi tak dapat aku doakan korang hamil secepat mungkin. Amin!! Rekod yang hamil ialah every year ok.. NON-STOP.

Tahun ni aku MUNGKIN dinaikkan pangkat.. Ce-wah.. Kalau rezeki ada aku naik EXE... Kita tunggu yer.. Aminnn!

Tajuk post berkaitan Tempoyak Goreng tapi mukadimah panjang berjelar.. huhu.. Semuanya gara-gara Tempoyak Goreng Sally yang sangat sedap!!! OMG tak pernah aku makan tempoyak goreng, sekali makan! Fuh! Sedapppppppppppppppppp!!!! Terus masuk list makanan favorate..

Semalam aku try la masak. Bole la.. Rupa tu dah sama dah, rasa je macam tak berapa nak sedap sangat. Tempoyak tu masam sangat. Macam mana nak hilangkan masam tu?????? Tak tau! Dah bubuh banyak gula sampai jadi macam tempoyak candy dah hahahaha... Tak pe. Nanti aku ambik tip dengan Sally untuk next tempoyak goreng! After this make sure jadi!

Jom kita tengok resepi tempoyak goreng peical.


Resepi Tempoyak Goreng

Bahan-bahan :

-Tempoyak - Secawan
-Bawang Kecik - 4 biji
-Bawang Puteh - 3 ulas
-Cili Padi - 5-6 biji (ikot korang la nak pedas mana)
-Minyak - Bersesuaian
-Ikan bilis - Bersesuaian (udang pon boleh)
-Gula - Bersesuaian
-Garam (jika diperluka)

Cara Memasak :

-Tumbuk/blender bawang kecik, bawang puteh dengan cili padi sehingga hancur.
-Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk/belnder hancur
-Masukan ikan bilis
-Bila dah sebati masukkan tempoyak masak sehingga agak likat
-Siap!

Tips : Guna kuali NON STICK sebab tempoyak senang hangit dan melekat. Kalau non stick tu sah-sah dia tak lekat...

Happy Cooking.. Thanks Sally untuk food pelik tapi sedap nih!

*Hari indah, hari cuti tapi demam!

 
Diary Faisal © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions