Sup Pembakar Lemak

Tuesday, July 31, 2012

Semalam aku dah mula makan Sup Pembakar Lemak yang dikatakan boleh menguruskan berat badan yang ideal dalam masa seminggu. Ya ker? So tanpa menlengahkan masa aku pon buat la research la intenet berkaitan dengan Sup nih. 

Bila dah cari ade la jumpa satu dua artikel berkaitan dengan sup nih.  Rupanya sup ini adalah untuk pesakit jantung yang obes perlu turunkan berat badan secepat mungkin sebelum di bedah... oooooo... Actually 2 bende penting yang ade dalam sup nih ialah kobis dan capsicum. Ermmm... Kobis boleh menguruskan? Tah la. Kita cuba je seminggu ni makan sup yang very the vegetable nih! huhuhu... Disamping sup kene makan sekali dengan protin lain seperti daging atau ayam... Protin wajib makan! Kalau 3 ketul peha ayam tu banyak tak kalori dengan lemak dengan kabo? Ermmmmm.... RM5 hingget 3 ketul bak kate housemate aku... huhuh.. Ke RM5 hingget 10 ketul????

Kat bawah ni aku sharekan resepi Sup Pembakar Lemak olahan aku sendiri...


Resepi Sup Pembakar Lemak

Bahan-bahan :

  • Kobis : Banyak-banyak!
  • Capsicum / Lada Benggala / Bell Chili : Sebiji - Potong dadu
  • Lobak : 1 1/2 Batang - Sebatang potong bulat, 1/2 lagi diblend
  • Bawang Besar : 1 biji - Dikoyakkan sehelai-sehelai
  • Bawang Merah / Kecik : 3 Biji - Diblend
  • Bawang Puteh : 4 ulas - Diblend
  • Halia : Seinci - Diblend
  • Tomato : Sebiji - Diblend
  • Cili Api : 4 biji - 2 diblend, 2 dimasukkan dalam periuk
  • Bunga Kobis : Sedikit, potong macam biasa
  • Isi Ayam : Ikot suka & potong dadu 
  • Kiub Pati Ayam : Seliter air, 2 kiub
  • Air : 1-2 liter
  • Serbuk Lada Hitam : 1 sudu besar
*Peringatan! Jangan isi GARAM, GULA & MINYAK! Cukup dengan kiub pati ayam tu jer... Kalau tak letak kiub pati ayam lagi bagus! Tapi mampu ke nak telan??? huhuhu...

Cara Memasak :
  • Masukkan air dan biarkan mendidih. Apabila mendidih masukkan ke semua bahan yang sudah diblend. Gaul sebati.
  • Masukkan kiub pati ayam berserta dengan cili api dan isi ayam.
  • Masukkan lobak dan biarkan seketika.
  • Masukkan bawang besar yang telah dikoyak sehelai-sehelai dan masukkan bunga kobis..
  • Last sekali masukkan kobis dan capsicum.
  • Bila hampir masak masukkan serbuk lada hitam..
  • Siap! Memang berapi! huhuhu...
Memang sesuai untuk yang nak diet sebab makan memangkuk pon kenyang!

Bagi pengguna Alpha Lipid SD2, anda digalakan lebihkan isi ayam kerana inginkan protin yang lebih. Jangan risau ayam tidak ada kabo... huhuhu...

*Sup ini untuk di makan seminggu!!!!!!  Gile ah!

0 comments:

Post a Comment

 
Diary Faisal © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions