Skewer Daging + Ayam Bersama Lada Benggala

Saturday, July 28, 2012

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 8 berpuasa, sekejap je rasa kan. Lagi 3 minggu jer.. Biskut pon tak mula buat lagi nih.. Esok baru nak start.. huhuhu... Isnin ade 6 tempahan... Aiyooo.. Kompom belari aku esok...

Petang tak di aku ke Alamanda shopping barang dapur, tahun ni tak pergi ke bazar ramadan tapi aku shopping kat alamanda lagi banyak kot! huhuhu.. Beli ayam dengan daging jer.. Itu je yang boleh burn lemak cepat skit... Tak tau dah nak makan ape lagi.. Nasi sah-sah da tak boleh..


Hari ni aku masak Skewer Daging + Ayam Bersama Lada Benggala.. Sorry yer, i pasti ade yang tak pernah dengar binatang skewer nih kan! So jangan nak lagak dengan i ok! Cube search kat intenet tengok ade tak resepi skewer dalam bahasa melayu? Ada 1 je hookeh.. Masuk yang aku ni ade 2! huhuhu

Jangan buang masa jom kita tengok resepi!



Resepi Skewer Daging + Ayam Bersama Lada Benggala


Bahan-bahan :

  • Daging Lembu : Ikot suka hati
  • Daging Ayam : Ikot suka hati
  • Kicap Pekat : 5 sudu besar
  • Sos Tiram : 1 sudu besar
  • Kiub Pati Ayam : 1 kiub
  • Mixed Herb : 2 sudu besar
  • Rosemary : 2 sudu besar
  • Cuka : 2 sudu besar
  • Bawang Besar : Sebijik potong petak
  • Lada Benggala : 1 atau 2 biji.. Ikot suka nak warna apa - di potong petak jugak
  • Lidi untuk mencucuk
  • Gula : 1 sudu besar
  • Air 1 cawan

Cara-cara :

  • Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati termasuk daging dan ayam kecuali bawang besar, lada benggala & lidi.. Ngok la kalau korang gaul dengan lidi sekali kan... hahahaha..
  • Perap 10 minit... Express.
  • Lepas 10 minit, ambil lidi, cucuk bawang dulu, kemudian cucuk lada benggala then cucuk daging ulang semula langkah, ambik bawang cucuk, ambik lada benggala cucuk dan ambil ayam pula dan cucuk, di hujung lidi pastikan letak bawang.. Sebab bawang ketat skit! Kemudian ulang sampai siap.. Buat la beberapa cucuk ok!
  • Letak di atas tray yang berjalur besi dulu kemudian baru letak atas tray yang hitam tu.. Biar ada 2 tray dan masukkan ke dalan over selama 20 minit dengan kepanasan 180 darjah celcius mengikut kesesuaian oven masing-masing..
  • Siap dan boleh makan!
Aku tak menggunakan minyak langsung ok! Cukuplah sekadar minyak dari ayam dengan daging tu jer...

*Ini menu diet seterusnya! kenyang sangat! Alhamdulillah!

0 comments:

Post a Comment

 
Diary Faisal © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions