Resepi Stew Daging Faisal Anawai!

Monday, July 23, 2012

Puasa ke 3 aku makan stew daging! Padahal seumur hidup aku tak pernah tau apa itu stew alih-alih aku boleh nak masak kan! Semuanya salah internet! Sape suruh internet show off gambar stew daging! Coi sangat tau! huhuhu...

Stew ni kalau nak masak kene masak lama, dalam tempoh 2 jam paling minima pon, tapi di sebabkan aku terasa nak makan sangat-sangat aku masak la jugak dengan masa yang singkat! Wow terasa chef sangat tau! Tak di aku belek-belek barang yang aku beli semalam.. Tak macam 100 hingget pon... huhuhu!

So jangan berceloteh panjang lebar jom kita cekidot resepi stew daging hookeh!


Resepi Stew Daging

Bahan-bahan :

  • Daging (Ikot suke banyak mana)
  • Bawang besar : : 2 biji (potong dadu)
  • Bawang kecik : : 3 biji (hancurkan)
  • Bawang puteh : : 5 ulas (ketuk)
  • Mixed Spice : : 2 sudu besar
  • Serbuk lada hitam : : 2 sudu besar
  • Tepung gandum : : 2 sudu besar (dicampur air 1/2 cawan)
  • Sayuran : : Baby lobak (5 batang), Lada benggala (3 biji berlainan warne, ambik separuh setiap biji mengikut warne), Asparagus (beberapa batang, ganti dengan kacang buncis pon hookeh!) & sayuran lain mengikut citarasa masing-masing yer..
  • Air : : 1.5 liter
  • Minyak : : Secukupnya
  • Garam : : Secukupnya
  • Gula : : Secukupnya
Cara Memasak :
  • Gaulkan daging dengan lada hitam. Panaskan kuali dan masukkan sesudu minyak dan goreng daging sehingga seperangan. Setelah perang asingkan sementara.
  • Dalam periuk lain, tumiskan bawang besar, bawang kecik, bawang puteh, mixed spice dan juga tepung gandum.. Bila sudah sebati masukkan air 1.5 liter.
  • Kemudian masukkan daging yang telah digoreng awal. Tutup periuk dengan tudung dan masak selama sejam. Sambil-sambil tu jenguk-jenguk dan gaul la sekali sekala takut kang kering atau hangus lak kan.. Nanti jadi stew hitam hangus lak... huhuhu
  • Bila sudah sejam, masukkan sayuran yang keras sepeti carrot terlebih dahulu. Bila dah agak-agak 3/4 masak baru masukkan sayuran lain yang mudah masak.
  • Biarkan dalam 5-10 minit mengikut kesesuaian. Kalau mahu sayur tu fresh masak kejap je la..
  • Lepas tu siap! Boleh terus dingap! Sedap di makan bersama roti!
Tips : Masak lagi lama lagi sedap hookeh! Sayuran tu masak kejap je, nanti hancur dan tak de zat lak...

*Next resepi please! huhuhu...

0 comments:

Post a Comment

 
Diary Faisal © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions