Resepi Nekbak Atau Nekbat

Sunday, July 22, 2012

Nekbak atau nekbat ini adalah makanan yang berasal dari Kelantan. Ia dihasilkan dari telur, tepung beras dan gula. Penghasilannya sangat mudah.. So kalau you olss nak try boleh la ikut resepi kat bawah nih yer...

Rupa netbak atau netbat setelah di bakar sebelum dimasak dengan air gula.

Resepi Nekbak Atau Netbat :

Bahan-bahan :

Tepung Besar : : 1 kg
Telur : : 12 Biji
Gula : : 1/2 kg
Dauh Pandang : : 5-6 helai

Cara-cara :


  • Tepung beras di sanggai sehingga kekeringan dan letak tepi.
  • Kemudian pukul telur sehingga kembang dan agak berbuih.
  • Setelah telur sudah kembang, campurkan sedikit demi sedikit tepung besar sehingga habis dan gaul sebati.
  • Masukkan ke dalam acuan dan bakar di dalam oven sehingga ia masak. Bakar dalam kepanasan 180 darjah celcius selama 20-30 minit mengikut oven masing-masing.
  • Apabila ia masak, sejukkan sementara. Dan simpan di tempat kering dan bertutup.

Air dipanaskan bersama gula dan daun pandan

Apabila sudah mendidih baru masukkan netbat atau netbak

Nekbak atau Nekbat hanya akan dimasak semula ketika mahu makan. Jika mahu makan, panaskan air dan isi gula sebanyak 1/2kg atau mengikut cita rasa anda dan letak daun pandan. Bila air susah mendidih dan gulan sudah hancur baru masukkan nekbak atau netbat dan gaul perlahan. padamkan api dan biar kan netbak atau netbat seketikan di dalam air gula.. Masukkan ke dalam peti air dan biarkan sejuk.. Makan ketika sejuk memang heaven!

Siap!!

*You olss boleh la cuba hookeh!

0 comments:

Post a Comment

 
Diary Faisal © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions