Teman Pengganti - Black feat Malique

Saturday, June 16, 2012

Hari ni aku terjumpa satu lagu baru yang sedang berkumandang kat corong-corong iphone *motip iphone?.. huhuhu.. Lagu ni bila aku dengar macam ade sesuatu jer... Sedap lagunya.. Ade nilai hindustan kat dalam lagu tu... Bila dengar berjuta kali, luahan lirik tu! Pergh!!! Boleh buat kita menagis kot! You olls hayati sedalam-dalam lagu ni ok, bak kata kak gee, korek dalam dalam!

Penceritaan yang simple tapi sebak nok! Mak sebak! hahaha... Kisah lagu ini berkaitan sepasang suami isteri *ambik hubungan halal je ok.. Si suami mungkin dah tau nyawa dia tak lama di dunia ini so dia membayangkan yang isterinya akan kesedihan apabila dia pergi selamanya. Teman penganti tu adalah penganti si suami yang akan pergi buat selamanya... Iskkk terasa ok!

Buat pertama kalinya dalam hidup aku betul-betul menghayati lirik lagu sampai sebak nak nagis ok! Put your self in that song! Then you feel! OMG... Rasa macam aku lak yang nak mati... huhuhu.. Kalau you olss tak feel dengan diri sendiri, cuba letak orang yang you olss sayang dalam lagu tu.. Kalau tak feel jugak memang you olls hati batu atau pon memang you olls tak suka lagu nih...

This is the best song yet untuk this year! Thumbs up! Aku yang tak suka ade rap dalam lagu pon boleh tangkap leleh dengan lagu nih... Memang kombinasi suara yang terbaik.. Feel Black memang superb! Boleh terasa!


*Aku kan pergi... Pergi tuk selama-lamanya..... Perghhh naik bulu roma dan segala bulu...

9 comments:

  1. Feel maliQue yang superb sebenarnya. Lagu-lagu MaliQue membawa maksud mendalam. Setiap bait ada maksud tersirat dan tersurat

    ReplyDelete
  2. huhuhu.... yang penting lagu ni best!

    ReplyDelete
  3. lagu ini...malique tgh sakit!!dia luahkan kepada org yg di sayang

    ReplyDelete
  4. rasenye mmg malique tgh sakit skrg...nampak dia makin kurus...mungkin ade lirik "Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
    Komplikasi di halaman rusuk kiri
    Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri"

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya minta maaf jika sekiranya apa yang saya ingin perkatakan ini salah. Sebenarnya saya adalah peminat Malique Ibrahim. Saya tertanya tanya, bagaimana orang tau yang lagu ni berkisar tentang Malique sakit ? Memang bait dia memang jelas. Tapi kita belum pasti. Banyak pendapat yang saya dapat. Ada yang kata Malique menghidap penyakit itu, penyakit ini. Setahu saya, lagu ini diciptakan untuk Alternate Records Sdn Bhd dan Monkey Bone records. Jadi saya rasa lagu ini tak termasuk dalam album TKO(mungkin) tapi saya rasa kalau tak silap ada dalam senarai Mantera. Hairannya, lagu ini bukan dicipta untuk qarmamusiq. Kita tau Malique cipta lagu berdasarkan luahan yang hendak disampaikan dan menceritakan apa yang berlaku. Lihat sahaja air muka Black, nampak tenang. Sedikit tiada gusar tentang lagu ini tentang Malique. Malah Black sendiri ada menyatakan video klip lagu ini akan keluar dan beliau tidak sabar lihat reaksi peminat. Saya sendiri masih mengkaji maksud lirik ini yang sebenarnya. Maafkan saya jika saya salah atau hendak dilabelkan sebagai katak bawah tempurung, saya tidak kisah. Sekian, wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa... mana-mana aje.. yang penting peminat ambik tahu ambik kisah... kisah lirik itu biar lah rahsia.. hanya malique jer yang tahu....

      Delete
    2. Thats right. Teruskan sokong Malique.

      Delete
    3. tak apa kalau tak tahu malique sedang sakit..sebab tak ramai yang tahu akan penyakit beliau..beliau dikatakan kurang sihat sejak dahulu lagi kerana itulah too phat sudah tidak giat beraksi kerana malique menghadapi masalah komitmen kerana beliau menjalani kemoterapi dengan giat..di pandang dari sudut medic..beliau menghidapi penyakit barah..tetapi ada juga pendapat mengatakan beliau terkena buatan org..benar atau tidak kisah buatan org 2 wallahualam..apa-apa pon kita sama2 doakan kesihatan beliau..

      Delete

 
Diary Faisal © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions