Kek Caramel Pelangi @ Rainbow Caramel Cake

Tuesday, June 19, 2012


Sekali lagi... At last aku berjaya juga menyiapkan Kek Caramel Pelangi versi FA - Faisal Anawai! Kek yang paling cerewet pernah aku buat. Kenapa cerewet? Sebab you olss kene main kaler-kaler laaaa... Habis tangan aku dipenuhi dengan pewarna! Kalau yang sudah berkeluarga dan ade anak, Kek ini sangat sesuai untuk you olls buat bersama anak-anak, sebab boleh bagi mereka kalerkan kek you ols! Kompom budak-budak tu suka!


Resepi kek ni senang je, cuma you olls kene memahami cara membuat agar tidak kelam kabut dan tunggang terbalik. Yer la, ade 4 step.. Kang step ke belakang ke depan yang ke depan ke belakang lak.. Korang lak pening nanti... huhuhu...

Aku mulanya bersemangat konon nak ambik gambar masa buat kek ni, tapi macam haram sebab aku asik terlupa yang aku perlu ambik gambar! hahahaha... So ambik gambar yang dah siap je lah yer.. Kalau you olls tak faham, boleh tengok blog lain yang ade tutorial penuh cara buat kek nih...

Aku berfeeling nak buat tutorial untuk semua jenis masakan yang pernah aku buat... Pastu nak masukkan ke youtube... Aku nak buat video masakan... Kurlas kan! Semua ni idea kawan-kawan.. Tq guys! So lepas ni korang boleh la tengok aku dalam youtube ajar korang masak! Tapi aku nak hide bahagian komen! hahaha.. Sebab nak link ke blog aku biar lebih fantastik! Korang rase nak komen terus masuk blog aku... So boleh la lepas ni aku letak iklan kat blog aku yang tak ade iklan nih...

Sambung bab kek caramel nih! Aku ade la beli bekas nak bakar kek, tapi aku tak tau la plak bekas tu ade lubang kecil kat setiap hujung bawah! So aku dengan konfident cuah la aku punya caramel dalam bekas tu... Apa yang berlaku? Caramel tu keluar dari setiap bucu tu!!! Adoiiiiii... Dah rugi!

Dah la caramel tu keluar kat setiap bucu, aku lak terbubuh banyak air masa nak masak kek tu, kek ini dimasak secara double boiler tau.. So air tu pon masuk melalui bucu-bucu bekas tu lah! Aku masak kek sejam tetibe rasa macam ade tak kene rupanya kek basah sebab air dah masuk! Vavi tol lah! Aku pon keluarkan balik kek tu dari oven, keluarkan air, dan burn selama 30 minit pada suhu 200 darjah celcius! Hambik kau! Geram aku!

Masa ni baru la kek nak mengembang dengan baik.. So lepas 30 minit kek pon masak dengan sempurna! Padahal dalam perjalanan kek tu dah macam-macam dugaan aku terima! hahahahaha...

So lepas siap aku pon terbalikkan la kek tu! Satu lagi bende yang menduga aku, air manisan caramel berterabur tumpah! Adoiiii.... Bila dah tumpah aku pon cepat-cepat la lap, dah tak pasal kedudukan kek tu senget dalam pinggan, aku yang cerdik pandai ni pergi tolak kek tu kononnya dengan harapan kek tu akan bergerak ke tengah pinggan, tapi macam haram, kek tu terus tersungkur senget! Adoiiiiii.. Dah rosak rupa kek aku.. eeeeeeeee...

Walau apa pon yang berlaku akhirnya kek aku siap juga sepenuhnya! Aku letak dalam peti ais, dan lepas 12 jam aku bawak ke opis dan sedaappp sangat! Fuh lega...

Jom kita tengok resepi kat bawah ni.. You olls try la yer..



Resepi Kek Caramel Pelangi @ Rainbow Caramel Cake

Bahan-bahan:

Bahan A :

- Gula Castor : 2 sudu besar

Bahan B :

- Telur : 6 biji (ambik kuning telur SAHAJA)
- Perisa Vanilla : 1 sudu kecil
- Gula Castor : 3 sudu besar
- Susu cair : 1 tin

Bahan C :

- Tepung naik sendiri : 140 gram
- Susu cair : 135 ml
- Telur : 3 biji (ambik kuning telur SAHAJA)
- Minyak Jagung : 45 ml
- Gula Castor : 3 sudu besar

Bahan D :

- Telur : 6 biji (ambik telur putih SAHAJA)
- Gula Icing : 3 sudu besar
- Cream of Tartar : 1 sudu kecil (Kalau tak de ganti cuka 1 sudu kecil)

Cara Memasak :

Pertama : BAHAN A 

- Panaskan gula castor dalam bekas kek yang mahu digunakan.
- Setelah gula cair, biarkan ia bertukar warna brown.
- Setelah bertukar warna, penuhkan kawasan bawah bekas dengan alirkan gula yang masih panas.
- Biarkan gula kering sendiri dan ketepikan.

Kedua : BAHAN B

- Masukkan telur kuning ke dalam bekas lain.
- Masukkan juga susu cair, gula castor dan vanilla.
- Gaul menggunakan alat penggaul sampai sebati.(Gaul jangan sampai berbuih, nampak adunan sebati berhenti gaul)
- Lepas siap ketepikan sementara.

Ketiga : BAHAN C

- Masukkan tepung naik sendiri ke dalam bekas yang lain dan buat lubang di tengahnya.
- Masukkan telur kuning, minyak jagung, susu cair & gula castor di tengah.
- Gaul sebati
- Biarkan seketika dan letak di tepi.

Keempat : BAHAN D

- Masukkan telur putih, gula icing dan cream of tartar ke dalam bekas mixer.
- Putarkan sehingga aduan menjadi form yang lembut.
- Adunan sudah siap jika ia menghasilkan tanduk jika anda menarik pemutar mixer dari bekas.
- Letak di tepi.

Cara mencampurkan adunan :

- Ambil BAHAN D separuh dan campurkan dengan BAHAN C dan gaulkan di dalam bekas BAHAN C.
- Apabila sudah sebati masukkan selebihnya BAHAN D ke dalam BAHAN C dan gaul sebati.
- Selesai mencampurkan BAHAN C dan BAHAN D, sekarang sediakan 5 mangkuk kosong untuk anda membahagikan bahan yang telah dicampur ke dalam 5 mangkuk yang disediakan.
- 5 mangkuk untuk 5 warna berbeza, jika anda ada 3 warna itu bermaksud sediakan 3 mangkuk sahaja.
- Setelah selesai membahagikan kepada 5 bahagian, masukkan warna ke dalam mangkuk-mangkuk tersebut mengikut warna pilihan anda.
- Gaul sebati adunan dengan warna yang ada letak.
- Setelah selesai ketepikan sementara.

Cara menyusun adunan ke dalam bekas pembakar :

- Ambil bekas pembakar yang ada gula castor yang telah mengeras tadi.
- Tuangkan BAHAN B secara bertapis ke dalam bekas pembakar tersebut. Tuang sehingga habis.
- Sekarang anda masukkan adunan bewarna ke atas adunan BAHAB B itu.
- Ambil 5 sudu warna pertama dan curahkan ke atas adunan BAHAN B.
- Kemudian ambilkan 5 sudu untuk warna ke dua dan curahkan ke atas warna pertama yang anda curah sebentar tak di. Secara automatik warna tersebut akan bergerak sendiri.
- Seterusnya masukkan 5 sudu warna ketiga keatas warna kedua dan seterusnya sehingga adunan habis dimasukkan.
- Ketepikan sebentar

Cara membakar :

- Selesai memasukkan semua adunan anda perlu menyediakan satu bekas yang besar sedikit dari bekas pembakar untuk sesi pembakaran pula.
- Pembakaran adalah secara double boiler, maksudnya anda perlu sediakan satu bekas lain yang diisi dengan air dan kemudian letakkan bekas yang ada adunan ke dalam bekas yang ada air itu.
- Masukkan ke overn selama sejam dengan suhu 180 darjah celcius.. Kalau masih tidak masak anda perlu tambah masa. Bergantung kepada oven masing-masing.
- Untuk memastikan ia masak sepenuhnya, cucuk lidi ke dalam kek dan lihat lidi tersebut adakah ia masih cair atau sudah masak dengan sempurna.
- Setelah masak, biarkan di dalam oven selama 10 minit baru keluarkan.

Cara mengeluarkan kek dari bekas :

-  Pastikan anda mengambil pisau yang menhiris tepi kek agar ia tidak lekat di dinding bekas.
- Kemudian anda perlu sengetkan sedikit bekas kek dan biarkan air lebihan caramel di keluarkan terlebih dahulu.
- Pastikan kek anda betul-betul sejuk kemudian telekupkan ia...
- Dan anda akan melihat hasil ke anda setelah telekupkannya, cabut bekas perlahan-lahan agar tidak tertarik kek itu sekali.
- Siap!

Tip : 

- Pastikan anda menggunakan mangkuk pakai buang polisterin untuk mengurangkan beban membasuh anda.
- Pastikan tidak menggunakan bekas pembakar yang salah. Periksa terlebih dahulu dengan mengisi air.
- Suhu oven hendaklah panas. Kalau tidak kek anda akan lambat masak. Panas kan oven sebelum membakar.
- Jangan menggunakan warna yang banyak kerana ia akan mencacatkan rupa kek anda jika anda menggunakan bekas yang bersaiz kecil. Guna 2 atau 3 warna sudah mencukupi.
- Jangan over gula nanti terlebih manis dah jadi tak sedap.

Kalau tak faham boleh bertanya atau rujuk blog yang ade gambar ok!

Ok itu sahaja! Happy Cooking!

*Aku tak sabar nak buat Cookies Famous Amos untuk dijual masa bulan puasa nanti! huhuhu...

8 comments:

  1. salam..nak tny..masa nak campurkan bahan C+D ke dalam B tu kan, adunan tak tggelam ke dalam bahan B sbb bahan B kan lebih cair..tq..:)

    ReplyDelete
  2. tak tenggelam sebab bahan C+D ringan, ia floating (terapung)...

    ReplyDelete
  3. Just nak betulkan..teknik memasak dengan meletakkan tray kecil dalam tray lebih besar yang dituang air panas ialah teknik "water bath" atau "bain-marie".
    Double boiler adalah teknik di mana butter cairkan atau susu dipanaskan di dalam mangkuk yang diletakkan di atas periuk mengandungi air mendidih.
    TQVM.. saya nak cuba resepi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak update..saya dah buat dan guna resepi ni byk kali...first time dah menjadi...Thankx so much for sharing..insyaAllah dapat pahala lagi banyak sbb tak tipu bahan atau cara...keep up the good work..!

      Delete
    2. wah ye ke.. memang suka masak ek... huhuhu...

      Delete
    3. Baru start baking since march tahun ni...sbb dok di KB tak banyak aktiviti lain nak buat... so cuba2 baking...naik syok pulak.... now sy dah start blog sendiri on food ... cikjoi.wordpress.com. Singgahlah kalu free ;-)

      Delete

 
Diary Faisal © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions