DIVA Pavlova Yang Marbeles!

Thursday, June 14, 2012

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia! Saya Sayang PM! Muah! Muah!...

Hahahaha... Sekarangkan tengah popular baju "Saya Sayang PM".. So masukkan sekali dalam greeting.. Ade sape-sape ade baju lebih tak? Nak satu.. Saiz L ok! Thank you.. huhuhu...

So hari ni post aku berkaitan dengan "say it!!! And P and A and V and L and O and V and A = PAVLOVA!!!!" Kurlas kan! Pagi-pagi kita dah bergedik cheerleader! Semangat 1 Malaysia tu! So sebenarnya ade perasaan happy sangat-sangat dan perasaan muram dan hampa sangat-sangat! 

Semalam kan aku buat PAV nih. Mulanya tu malas nak buat, tapi fikirkan dah janji dengan Team DIVA, so terpaksa la buat jugak. Aku pon ikot la cara pecahkan telur macam dalam rancangan Masterchef tu, huhuhu, pecahkan kat tengah-tengah then main campak-campak kuning telur ke kulit kiri dan kanan. Dapat la putih telur sepenuhnya dan tak membazir.


Sebelum aku main campak-campak telur, aku dah panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit! Lepas tu aku pon sediakan la bahan-bahan dulu, yer la takut jadi macam yang pertama ari tu tak jadi.. Manih neting! hehehe Kali ni aku guna 1.5/4 cup gula castor.. Kire macam 2/4 cawan la... Sebelum ni aku guna 3/4 cawan dan hampir penuh cawan.. sebab tu manis... Tapi kalau ikotkan PAV ni memang kene bubuh banyak gula sebab nak jadikan kat bahagian dalam dia tu jadi macam masrhmallow... Tapi you olls sanggup ke makan manis macam tu...


Tepung jagung pon aku kurang kan ke setengah sudu, sebelum ni aku guna 1 sudu penuh. Cuka plak aku masih maintainkan setengah sudu, dan perisa vanillah satu sudu penuh. Aku guna sudu besar yer kakak-kakak semua.

So bila semua dah siap tersedia aku pon mulakan la tugas memesin semua bahan-bahan tu. Pukul puteh telur dulu sampai kembang bagai.. Ade orang cakap kalau sampai telekup bekas pon telur putih tu tak jatuh means berjaya la tuh... huhuhu.. Lepas dah berjaya kembangkan puteh telur tu aku masukkan gula castor skit-skit.. Then pukul sampai adunan tu sebati, bile dah nampak sebati masukkan tepung jagung.. Putar dalam 10 saat masukkan cuka dengan vanilla.. Putar la seminit dua then siap bahagian putar-putar...

Bila dah siap, masukkan la ke dalam baking paper. Ok kat sini aku nak nasihat kan kat korang semua k. Jangan letak dalam bekas! Kompom tak jadi! Klu letak dalam cup kertas pon kompom korang rugi! Sebab PAV ni melekat ok! Diakan gula... So guna baking paper yer... Senang je korang nak cabut bile masak nanti..

Lepas aku letak kat baking paper terus masuk ke oven.. Pulas timer sejam suhu 160 darjah celsius, selepas 30 minit kurangkan ke 150 darjah celsius.. Ini over aku la.. Oven korang aku tak pasti.. Ade oven yang mahal tu 130-140 darjah celsius pon dah panas dah.. So pandai korang la ek... Klu hangus bukan masalah mak, nok! Boleh korang bagi nama Burn Pavlova! hahahha....

So kali ni PAV aku masak dengan superb mantop! Meme come ngat! huhuhu... PAV ni kalau dalam oven memang kembang molek! Mantap je nampak! Tapi bile keluar oven terus kurus... huhuhu.. Jangan tertipu dengan kekembangan PAV ni ok!

Bile dah siap pastry PAV ni sekarang kita kene la buat cream atas PAV nikan. Haaaa kat sini yang buat aku hangin halilintar satu badan! Dalam resepi cakap, putar whipping cream 10 minit dan masukkan 1 sudu besar gula castor then siap.. Tapi apa yang terjadi??? Whipping cream tu rosak! Dia bertukar jadi planta dengan air! So Sial sangat! Aku buntu ok! Tak tau mana silapnyer... Whipping cream tu mahal kot!!!!!! 

Aku guna 2 kotak kecik whipping cream, mujur ade sekotak yang last aku tak guna, akhirnya aku buka whipping yang terkahir dan just kacau guna spatula jer... Tu pon still melt! Cam haram je kan! Aku pon bile dan hangin macam tu terus aku bubuh juga kat atas PAV tu! Mampos la! Penat aku buat ok! hahahaha... Aku letak dan hias buah! Iskkk geram sangat sebab part susun buah tu sadis sebab cream tak kukuh! Bodoh punye whipping cream! Klu murah tak pe la, ni mahal kot! Monyet! hahahahahaha....

Sedap!

Then jadi la PAVLOVA DIVA! Aku mulanya tak nak bawak ke opis, tapi memandangkan aku dah masak banyak, then tawakal je la... Sedap ke tak sedap ke lain kire... So aku bubuh la PAv tu dalam peti! Tak sangka la plak bile masuk ke dalam peti PAV tu jadi makin menarik! Cream jadi agak kental dan sedap! Bile bawak ke opis semua suka!!!!!!!!!!!!!!! Hoorey... Sayang whipping cream! hahahahaha.... So lepas nih jangan buat whipping cream kental sebab whipping cream yang cair ni lagi best!

So kat bawah ni resepi DIVA PAVLOVA ni yer... Selamat Mencuba! Klu tak jadi boleh bertanya... Saya boleh kongsi-kongsi pendapat!


Resepi PAVLOVA

Bahan-bahan Untuk Pastry :

- Telur 5 Biji (Ambik puteh telur sahaja)
- Gula Castor (2/4 cawan, nak manis bubuh la banyak lagi, ko yang kene kencing manis bukan aku!)
- Tepung Jagung (1/2 sudu besar)
- Cuka (1/2 sudu besar)
- Perisa Vannila (1 sudu besar, ini digunakan untuk hilangkan hanyir telur yer..)

Cara Memasak Pastry :

- Pecahkan telur dan ambil puteh telur sahaja. Kemudian pukul menggunakan mesin mixer kek sehingga kembang. Pukul dengan speed paling maksima ok! Nak tau dah kembang elok ke tak, korang terbalikkan bekas yang ade telur yang telah dipukul, tengok jatuh ke tak adunan tu, klu tak jatuh kire dah ok la tu, tapi kalau jatuh memang klepek atas muke korang la! hahaha...
- Bile telur dah kembang masukkan sikit-sikit gula castor sampai habis dan pukul lagi dengan speed maksima.. Bile dah nampak sebati dan kental je masukkan cuka dan vanilla. Dan pukul lagi..
-Bile dah siap pukul, masukkan adunan ke atas baking paper dan masuk ke oven. Suhu 160 darjah celcius selama 1 jam. Dalam 30 minit tu korang ubah la ke 150 atau 140 darjah celcius, takut hangus lak nanti.. Ini PAV bukan kek gula hangus ye kakak!
- Lepas sejam cek dulu masak ke tak, kalau dah masak kire siap la, tapi kalau masih macam tak masak tambah la masa 10 minit lagi... 
- Sejukkan lepas siap sebab nanti nak leset cream lak...

*Kalau nak PAV merekah you olss bubuh gula banyak, klu gula skit dia tak merekah yer... Harap maklum pesakit kencing manis semua...

Bahan-bahan Untuk Cream :

- Whipping Cream (Sekotak kecik)
- Gula Castor

Cara Memasak Cream :

- Just gaulkan jer kedua-dua bahan ni...
- Siap!

*Kalau nak cream yang mantop sila search kat blog lain! Kat sini resepi untuk PAV bercream cair yang marbeles je! huhuhu

So bila dah siap pastry dengan cream you olls sapukan la cream pada pastry tu, dan hiasla dengan buah buahan! Siap!! Nak sedap sila simpan dalam peti ais selama 5-10 jam! Kompon sedap! Di jamin halal!

Aku tak banyak snap pictture semalam sebab aku bengang dengan cream tak jadi tu! hahaha...

*Datang opis dengan mood tak gembira, tapi bila kawan makan cakap sedap, terus happy! Tak sia-sia puasa!

2 comments:

  1. kalau xnak pavlova mengecut, kena biarkan dia sejuk dlm oven

    ReplyDelete

 
Diary Faisal © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions