Rahsia Di Sebalik Bulu Kening

Monday, October 10, 2011


Hari ni aku terbaca pasal rahsia di sebalik bulu kening.. Selamat bulu kening kalau bulu lain?? hahahaha... Dalam surat kabar ni dia senaraikan 6 jenis bulu kening yang ada. Mungkin ada banyak jenis lagi tetapi yang popular ada 6 je.

Diantara bulu kening tersebut beserta dengan maksudnya seperti di bawah ni :

Bulu Kening Bertemu Di tengah (Bersambung)
  • Gemar mengambil tahu hal remeh temeh.
  • Emosional
  • Kuat berfikir dan cemburu
  • Perlukan seseorang yang selalu bagi semangat dan kongsi masalah
  • Gemar membantah
Bulu Kening Tidak Teratur dan Liar
  • Cepat terburu-buru
  • Kurang berhemah
  • Sering terbabit dalam pentengkaran kerana campur tangan dalam urusan orang lain.
Bulu Kening Lurus
  • Gagah
  • Suka berdebat
Bulu Kening Melengkung
  • Antara individu yang suka menghiburkan orang lain.
Bulu Kening Tipis
  • Tahap keyakinan diri yang rendah
  • Ragu-ragu dengan kebolehan sendiri
Bulu Kening Tebal
  • Orang yang gemarkan aktiviti lasak dan mengembara
  • Sukar untuk setia pada pasangannya
  • Banyak berceloteh
Bulu Kening Cukur
  • Ko nak mampus! Boleh masuk neraka jahanam tau! Haram.. Haram..  hahahahaha
Bulu kening HARAM dicukur tetapi jika ia memudaratkan diri atau terasa aib anda dibolehkan untuk mencukur sedikit sahaja bahagian yang tidak diperlukan untuk kelihatan lebih kemas, rapi dan comel...

*Bulu kening aku jenis yang bercantum.. hehehehe...

3 comments:

 
Diary Faisal © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions