Percutian Ke Cameron Highland : : Kisah Bermula

Saturday, October 29, 2011

"Faisal bila awak last bercuti?" Soalan tu menjadi satu tanda tanya yang menyentap perasaan aku pada ketika itu. huhuhu.. Tapi ada betul jugak soalan itu ditanya. So disebabkan soalan itu aku telah buat beberapa perancangan untuk bercuti. Mulanya nak ke genting. Dah siap kira kos dah, tapi last-last tak jadi. Kemudian terfikir nak ke Cameron Highland. Terus tanya kawan-kawan yang pernah pergi Cameron. Bila dah dapat pelbagai info aku pon cari la hotel. Aku berminat kat EQ jer sebab mudah, so terus kol EQ dan buat pertanyaan.



So masa Deepavali ari tu aku berfikir banyak kali jugak nak pergi ke tak ke Cameron sebabnya aku ada banyak perancangan lain. So selepas makan steamboat malam Deepavali tu aku terus buat keputusan untuk pergi juga ke Cameron. So memang percutian koboi la.. hehehe..



Pagi kamis tu jugak aku ambik phone dan terus kol EQ Hotel untuk buat tempahan. Biasala guna GOV rate ler nak murah. Bila dah buat tempahan kita orang terus shoot ke Cameron Highland!! WOW.. Macam tak caya je nak ke Cameron Highland nih... hehehehe..


Pengalaman pertama. Disebabkan tak tahu jalan nak ke Cameron so kita orang pusing 1 KL selama sejam setengah hanya untuk mencari jalan keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Semuanya kerana tersalah masuk Lebuhraya MEX... hehehe.. Tapi tak pe la, dapat jugak pusing-pusing KL kan.. Habis semua tempat kita orang pergi... huhuhu.. 2 jam baru sampai tanjung malim. 5 jam sampai cameron!!! hahahahaha... Pening kepala!!


Kita orang lalu ikot simpang pulai sebab jalan elok skit dan tidak merbahaya. OK la. Tapi bagi aku jalan tu tetap berpusing!! Pening dan rasa nak muntahhh... hehehehe...

So secara officialnya aku sampai dalam jam 2.30 petang. Terus check in dan tido sebabnyer pening..

Kisah bersambung...

*Simpang pulai tu ok la... Tapi jauh la skit..

0 comments:

Post a Comment

 
Diary Faisal © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions