Perut Lembu Rebus Dengan Air Asam.. Pergh!

Saturday, August 20, 2011

Hari ni aku masak perut lembu rebus dengan air asam.. hehehehe.. Sebenarnya dah tak de idea nak masak apa. So bila pergi mydin pagi tak di tertengok perut lembu ni puteh bersih je terus terfikir nak makan perut lembut cicah air asam.. ermm nyum nyum..


So dengan jayanya aku terus mencari resepi kat internet. hehehe.. Rupanya susah jugak nak cari resepi perut lembu rebus nih.. Banyak yang mengarut keluar.. Mujur bukan resepi perut orang je yang keluar..

Kalau korang nak rasa resepi perut lembu rebus air asam aku ni sila ikuti resepi dibawah ni yer...



Resepi Perut Lembu Rebus Dengan Air Asam

Bahan-Bahan Untuk Perut :
  • Perut Lembu : : Terpulang Banyak Mana
Bahan-Bahan Untuk Air Asam:
  • Air Asam Jawa : : 3/4 Cawan (Ganti cuka pon boleh)
  • Tomato : : 1 Biji
  • Cili Padi : : 3 Biji (Lebihkan kalau suka pedas)(Potong kecil-kecil)
  • Belacan : : Sedikit sahaja.
  • Bawang Besar : : Sebiji (Potong dadu)
  • Garam : : Secukup rasa
  • Gula : : Secukup rasa
Cara-Cara Memasak Perut :
  • Rebuskan perut lembu sehingga lembut dan masak. Ketepikan.
Cara-Cara Memasak Air Asam :
  • Campurkan tomato, belacan, garan & gula kedalam blender dan blend sehingga hancur.
  • Kemudian bahan yang telah diblend campurkan dengan air asam jawa, cili padi & bawang besar.
  • Siap.
Selamat mencuba..

0 comments:

Post a Comment

 
Diary Faisal © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions