Bestnyer Balik Kampung Di Bulan Ramadhan : : Hari Ke-2

Sunday, August 7, 2011

Yahoo.. Hari ni dengan semangatnya aku bangun.. hehehe.. kol 4 pagi dah kejutkan ma aku. Tido semalam awal. Yer la hari ni nak pergi kutip lori milo punya pasal aku bersemangat bangun awal. So aku pergi ke Kuantan Parade kol 9.40 pagi.. huhuhu.. Tak buke lagi Kuantan Parade tu aku dah tunggu luar pintu.

Nanti aku buat post lain berkaitan dengan lori milo niyer... So lepas balik dari kutip milo aku terus balik dan ambik ma aku. Yer la hari ni ma nak shopping beli baju raya. Dah pergi Kuantan Parade cari baju tapi tak jumpe yang berkenan, semua baju lama, choiii, so ambik keputusan nak ke ECM. Konon nak shopping jugak la, tapi tak jumpa jugak yang berkenan.. ermmm...





Dah habis shopping baju dan tak beli apa-apa, kiteorang terus ke mydin beli kalkulator dengan butang baju melayu. Kemudian terus ke kedai jual pokok bunga beli pasir dan juga pokok bunga untuk hari raya.. hehehe..Waktu ni cuasa sangat giler panas.. Sunburn kulit aku.. Panas terik!

Dalam perjalanan balik dari beli pokok bunga singgah sebentar di jaya gading beli tomato, timun serta sos tiram. Hari ni menu berbuka ialah nasi ayam. So beli la barang-barang nak buat nasi ayam.. Last sekali singgah di kedai perabot jati.. huhuhu... Tujuan yang paling utama ialah kat kedai perabot jati ni la yang sebenarnya. Aku banyak miss ambik gambar sebab terlupa.. huhuhu..

Berjam-jam kat kedai perabot nih. Ma nak beli cermin nak letak kat ruang tamu so cari punya cari jumpa la satu. So klu dah beli cermin dinding kene la ada partnernyer so beli la sekali dengan almari. Jumlah punya jumlah.. Habis 2000 ++.. huhuhu.. Sakan shopping hari nih...

Petang lak aku pergi semula ke bandar untuk shopping sekali lagi, kali ini tanpa ma.. hehehe.. Tak beli apa pon just tali leher je.. Dan yang bestnyer aku beli air cool blog! Best gilers! huhuhu.. Bubble bubble...




Malam lak aku bergotong royong mengemas rumah! Aiyoo dapat asma ooo... huhuhu.. Tak pasal-pasal aku lelah.. isk tak selesa... Tunggu perabut datang dalam jam 8 malam, tak datand-datang hehehe... Tapi akhirnya datang juga dalam jam 9 mlm.. yay... Siap pasang dan kemas...  Selesai tugas aku untuk balik kampung kali ini. Tujuan asal selesai dengan jayanya! hehehehe..


0 comments:

Post a Comment

 
Diary Faisal © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions