Resepi Sale Pisang Dari Bandung

Wednesday, July 20, 2011


"Sale Pisang" adalah juadah yang tersangat popular di Bandung, Indonesia. Jika anda ke Bandung "Sale Pisang" adalah makanan wajib yang perlu anda beli untuk dibawa pulang ke Malaysia. Jika tanpa "Sale Pisang" ini maka percutian anda tidak lengkap! So aku yang memang sah-sah tak pernah lagi ke Bandung mesti la mengidam jugak nak makan "Sale Pisang" nih.. So aku cari resepi di internet.. Fuh.. susah giler nak jumpa.. Dan setelah penat melayari internet aku jumpa jugak yang mudah untuk aku faham.. So korang boleh la cuba buat ok... Selamat memasak...

Sale Pisang

Bahan-Bahan :
  • Pisang Tanduk: : 10 Biji
  • Tepung Beras : : 100 gram
  • Tepung Sagu : : 50 gram
  • Air Kapur Sirih : : 1 Sudu Kecil
  • Perasa Vanila : : 3/4 Sudu Besar
  • Gula : : 2 Sudu Besar
  • Air : : 200ml
  • Perasa : : Mengikut citarasa masing-masing.
Cara Membuat :
  • Kupas pisang lalu belah empat, jemur hingga kering.
  • Setelah kering, goreng pisang hingga masak dan kering. Angkat dan toskan.
  • Adunan Tepung ( Campur tepung beras, tepung sagu, air kapur sirih, vanila, gula pasir, dan air, adun hingga adunan serata ). *Buat di dalam bekas lain.
  • Celupkan pisang sale ke dalam adunan tepung, goreng dalam minyak panas hingga matang dan kering. Angkat dan toskan. 
  • Apabila setelah pisang sale agak kekeringan dari minyak, curahkan perisa ke atas pisang tersebut dan biarkan ia kering. Sedia untuk di makan.
Kalau nak order online klik sini : Sale Pisang Bandung

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Diary Faisal © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions