Ayam Panggang Dari Buku Resepi Untuk Si Cilik

Thursday, July 7, 2011

Wah! Tak sangka! Aku berjaya masak ayam panggang mengikut buku resepi masakan untuk si cilik! Sedap sangat! Resepi sangat mudah. Aku try and error jer sebenarnya. Yer la bahan-bahan tak mengikut resepi tu sangat. So aku ubah-ubah la mengikut citarasa sendiri. Rumah bujang apa je yang ada kan? Mesti la ada je yang tak cukup bahan..



Selamat aku bawa balik 2 ekor ayam dari kuantan, jadi berpeluang la masak ayam panggang hari nih. Ayam tu aku kerat 4 then ambik satu part sahaja. So bila dah cuci bersih-bersih aku pon adun la semua bahan-bahan yang diperlukan dengan ayam tersebut. Aku perap selama sejam.. huhuhu... Laparnye nak tunggu perap tu menyerap ke dalam daging ayam...


Bila dah sejam, aku pun bakar la ayam tu dalam oven FREE yang aku dapat.. huhuhu.. Mula tu aku panaskan pada suhu 150' selama 30 minit. Bila oven tu bunyi TING! tengok-tengok ayam tak masak lagi, so aku naikkan suhu jadi 200' dan tambah masa  30 minit lagi.. TING! Yay ayam dah masak.. wahhh berair la! Warna pon cantik jer.. Tak pernah aku panggang ayam secantik ini.. huhuhu


Aku pon rasa la ayam nih.. perghh!! Sedap tuh! hehehe... 3 ketul aku makan.. hahahahaha.. Mungkin aku guna marjerin mahal kot , sebab tu sedap nih.. Dengan rasa oregano serta rosemary lagi... fuh! Sedap tak terhingga tuh!! Sehingga menjilat jari! So good! hahahahahaha...



Aku amat berterima kasih kepada Pn Azinita sebab dia yang beli buku resepi masakan untuk si cilik nih.. Aku tengok sedap then aku try jer... Tak sangka menjadi lak... hehehehe.. Kat bawah ni aku kongsi resepi ayam panggang yang aku ubah sedikit.. Korang cuba la yer... Kalau tak sedap NOT MY PROB! hahahahahaha...

Ayam Panggang Azsfaral

Bahan-Bahan :
  • Ayam (mengikut kesesuaian)
  • Planta : : 2 Sudu besar (Kalau guna planta bawang puteh, tak payah isi bawah puteh dah)
  • Bawang Besar : : 1 Biji (Potong Bulat)
  • Bawang Puteh : : 5 Ulas (Diketuk)
  • Oregano : : 1 Sudu Kecil
  • Rosemary : : 1 Sudu Kecil
  • Minyak : : 1 Sudu Besar
  • Cili Sos : : 1 Sudu Besar
  • Sos Lada Hitam : : 1 Sudu Besar
  • Lada Sulah : : 1 Sudu Kecil
  • Tepung Jagung : : 1 Sudu Besar
  • Garam secukup rasa
Cara-Cara :
  • Gaulkan semua bahan-bahan di atas. Dan perapkan selama 1 jam.
  • Setelah diperap, bakar di dalam oven selama 30 minit pertama dengan suhu 150'.
  • Kemudian tambahkan lagi 30 minit dan tukar suhu kepada 200'. 
  • Siap dan boleh disediakan.
Selamat Mencuba!

0 comments:

Post a Comment

 
Diary Faisal © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions