Tips Melancong : Kereta Sewa

Wednesday, May 4, 2011

Satu lagi perkara yang penting ketika melancong ialah dengan menyewa kereta kewa dan juga pemandu pelancong. Pastikan anda mencari maklumat di internet terlebih dahulu. Bab kereta sewa ini agak bahaya sedikit kerana anda akan mudah tertipu dengan sewa yang diberikan.

Selalunya hotel yang kita menginap akan menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong dengan harga yang telah ditetapkan dan tersangat mahal dan tidak masuk akal. Jika anda banyak duit maka ia tidak menjadi masalah, tetapi untuk yang melancong budget maka perkara ini penting supaya duit yang dibelanjakan tidak membazir begitu sahaja.

Ada beberapa laman blog personal berkaitan dengan kereta sewa. Blog juga hanya spesifik kepada satu tempat sahaja. Anda perlu rajin mencari maklumat di internet.

Tips Untuk Mendapatkan Kereta Sewa Murah & Selamat :
  • Ambil kereta yang biasa sahaja. Contoh viva atau myvi
  • Pastikan buat perbandingan harga antara semua maklumat yang anda dapat.
  • Jika sewa disertakan dengan pemandu pelancong pastikan harga murah. Jika mahal anda bawa sendiri lagi bagus kerana tidak perlu mengikut jadual oleh pemandu pelancong dan harga dapat dikurangkan.
  • Pastikan syarikat sewa kereta adalah yang HALAL. Maksudnya jangan sewa sebarangan takut nanti anda ditipu atau termasuk perangkap. Contoh kereta anda sewa dicuri dan anda terpaksa ganti kereta yang telah hilang, padahal ia hanyalah lakonan syarikat sewa kereta untuk kenakan anda
Tips ini hanya untuk pastikan anda mendapatkan kereta sewa dengan harga yang murah dan selamat, agar percutian anda tidak dicemari dengan perkara-perkara negatif yang mungkin merosakkan percutian anda.

2 comments:

  1. "Satu lagi perkara yang penting ketika melancong ialah dengan menyewa kereta kewa dan juga pemandu pelancong"

    kesilapan ejaan di situ.. bib bib

    ReplyDelete

 
Diary Faisal © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions