Review : : Sana'a Restaurant (Makanan Iran & Yemen)

Thursday, May 19, 2011

Sana'a Restaurant

Semalam sebelum pergi ke funfair aku sempat la ke Cyberjaya dulu untuk Dinner.. Mulanya nak ke Saba Restaurant, tapi kawan aku ni lak suruh cuba restaurant lain, sebab asik ke Saba jer, aku pon cakap ok la.. Kite orang pun pusing-pusing la kat Cyberjaya tu, banyak juga la restaurant masakan dari timur tengah ni.. ada dari Arab, Iran, Yemen dan lain-lain. Tah macam mana pulak boleh jadi seperti cendawan tumbuh kat Cyberjaya nih..

Air HALAL...

Pusing punya pusing terjumpa la satu restaurant ni, aku pilih sebab ramai customer. Restoran ni namanya Sana'a Restaurant. Masuk je feeling macam biasa je, tapi bila duduk dan tengok sekeliling rasa macam duduk kat negara Arab pulak.. mana taknyer pak arab ramai giler.. KAYA-KAYA pulak tu.. dah la lagu pun lagu Arab.. hahahaha...

Chicken Hanith & Chicken Roaster

Ambik je buku order da aku pon terus la pilih makanan yang mahu diorder... Aku pilih Ayam Hanith dengan Air barbican Strawberi bersama dengan Pisang +Barli+Tepung+Madu.. Aku lupa pulak nama menunya... huhuhu...

Perisa Strawberi & Nenas

NON-Alcoholic tapi nama lebih kurang carlsburg.. ngok..

Dengar kata barbican ada campuran arak, betul ker? Kat restoran ni pon dah tukar dari barbican ke jenama lain. Bila tanya kenapa dia pun tak bagi tau sebabnya.. Rasanya mungkin la kot... Tah la.. tepuk dada tanya selera.. Korang minum barbican mabuk tak???

Pisang Special

Nyum Nyum...

Sedap juga makanan kat restoran ini, patut la ramai orang. Tapi yang istimewanya menu pisang tu memang sedap dan unik. Harga pun tak mahal. Ayam Hanith RM 10 jer, Air barbican RM 3.50 dan Pisang Spesial RM10.. 

Nasi banyak giler!

Kalau korang nak rasa datang la kat restoran ini, aku suggest kan! Selain Saba Restoran yang memang popular, korang boleh ke sini pulak.. Mana tau lagi sedap ker.....

0 comments:

Post a Comment

 
Diary Faisal © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions