Pakej iphone 4 Maxis, Digi & Celcom Mana Terbaik?

Saturday, April 23, 2011

Mesti anda tertanya-tanya, mana satu aku nak ambik pakej iphone 4 yang termurah dan terbaik antara ketiga-tiga provider telefon yang ada di Malaysia, bukan? Mari kita huraikan satu persatu agar ia lebih mudah untuk difahami dan anda boleh membuat keputusan yang bijak untuk memilih mana satu pakej yang terbaik.


Pakej Celcom
Pakej Maxis
Pakej Digi
Kita pilih pakej termurah diantara semua provider di atas dan buat perbandingan yang mana lebih baik untuk anda pilih.

Celcom Biz Pi98

Panggilan : 15sen per minit
Panggilan FREE : Selain Dari Celcom = 100 minit, celcom ke celcom = 6000 minit
SMS FREE : 200
Data Internet : 2GB
Family Line : Tiada
Harga Tunai :

16GB = RM1438 (setahun kontrak), RM1148 (2 tahun kontrak)
32GB = RM1738 (setahun kontrak), RM1448 (2 tahun kontrak)

Kontrak setahun 16GB : 98 x 12 bulan = RM1176 + RM1438 HARGA SEBENAR = RM2614
Kontrak 2 tahun 16GB : 98 x 24 bulan = RM2352 + RM1148 HARGA SEBENAR = RM3500

Kontrak setahun 32GB : 98 x 12 bulan = RM1176 + RM1738 HARGA SEBENAR = RM2914
Kontrak 2 tahun 32GB : 98 x 24 bulan = RM2352 + RM1448 HARGA SEBENAR = RM3800

Maxis ivalue 100

Panggilan : 15sen per minit
Panggilan FREE : 333 Minit (maxis ke maxis & maxis ke other provider)
SMS FREE : 200
Data Internet : 1GB
Family Line : Ada
Harga Tunai : 

16GB = RM1590 (setahun kontrak), RM1290 (2 tahun kontrak)
32GB = RM1990 (setahun kontrak), RM1590 (2 tahun kontrak)

Kontrak setahun 16GB : 100 x 12 bulan = RM1200 + RM1590 HARGA SEBENAR = RM2790
Kontrak 2 tahun 16GB : 100 x 24 bulan = RM2400 + RM1290 HARGA SEBENAR = RM3690

Kontrak setahun 32GB : 100 x 12 bulan = RM1200 + RM1990 HARGA SEBENAR = RM3190
Kontrak 2 tahun 32GB : 100 x 24 bulan = RM2400 + RM1590 HARGA SEBENAR = RM3990

iDiGi88 (selepas 24 bulan bil jadi 63 sebulan)

*DiGi menawarkan pakej untuk kontrak 2 tahun sahaja

Panggilan : 15sen per minit
Panggilan FREE : 200 Minit (digi ke digi & digi ke other provider)
SMS FREE : 200
Data Internet : 1GB
Family Line : Ada
Harga Tunai : 

16GB = RM2090 (2 tahun kontrak)
32GB = RM2490 (2 tahun kontrak)

Kontrak 2 tahun 16GB : 138 x 24 bulan = RM2112 + RM2090 HARGA SEBENAR = RM4202
Kontrak 2 tahun 32GB : 138 x 24 bulan = RM2112 + RM2490 HARGA SEBENAR = RM4602

Selepas membuat perbandingan, pakej termurah adalah dari Celcom Biz 98. Bukan sahaja murah untuk kos keseluruhan harga iphone tetapi mendapat banyak manfaat seperti panggilan percuma dan juga penggunaan data yang lebih dari pakej Maxis dan juga DiGi. 

Pakej DiGi adalah yang termahal. Fikir 2 kali sebelum masuk pakej DiGi. Kalau tidak anda rugi besar!

Jika anda mahu membeli iphone tanpa kontrak, anda boleh melakukannya dengan mengambil pakej data dari maxis. Sila lihat jadual di bawah :

Pakej Data Maxis
Pilih iData 1 dengan bil bulanan RM30 sebulan. Syarat jika anda ingin ambil pakej ini ialah anda mestilah menjadi pelanggan value plus plan 50. Dan anda boleh membeli iphone dengan harga penuh dan tidak terikat dengan kontrak! Bagus bukan? Anda boleh membeli iphone dengan harga murah juga!

Buat pilihan anda sekarang!!

5 comments:

  1. blnn bp total utk celcom 2??sy xbp phm.bila sy tny org yg celcom.98 sbln tp bla..bla.. jd harga lain.explain ckt yg pakej clcom plg murah 2.

    ReplyDelete
  2. tengok pada harga keseluruhan pakej.yang saya warna tulisan merah tu... celcom yang terendah...

    ReplyDelete
  3. Kalo kite guna wifi iphone tu Utk connect kat laptop atau hp lain kene caj tmbhn x?

    ReplyDelete
  4. hubby pun suruh saya check plan celcom. dah lebih 10 tahun guna maxis... mahal katanya.

    ReplyDelete
  5. celcom dengan maxis ni memang persaingan yang hangat.. celcom memang murah skit tapi masalahnyer coverage, kadang-kadang ade jugak tempat2 yg tak dapat line.. maxis takat ni duk cerok kampung pon ok lagi.. Tapi masing-masing ade kekuatan dan kelemahan sendiri...

    ReplyDelete

 
Diary Faisal © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions